KEBAIKAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Saya bagi pihak adik Putri Nurdanischa Bt. Mohd Nizar ingin mohon bantuan derma kilat untuk adik ini yg baru terlibat dalam kemalangan kes langgar lari pada 13/06/2015 semasa itu dia bersama bapanya menunggang motosikal di lebuhraya berhampiran susur ke Kajang (menghala ke KL) kira-kira jam 9.15 pagi. Van yang melanggar mereka ni gagal dikesan sebab takde orang awam yang nampak..
Kesian adik Cha Cha yang mengalami luka parah di kepala, hidung (patah),mulut (koyak) dan kaki kerana terseret lebih kurang 2 meter. Bapanya pula hanya patah kaki dan masih dirawat dihospital.
Saya berada di tempat kejadian ketika kemalangan baru saja berlaku, Alhamdulillah, saya bersama pasangan suami isteri yang kebetulan, berhenti untuk membantu segera menghantar mereka ke hospital. Ketika di sana, saya mendapat tahu bahawa mereka baru sahaja pulang selepas selesai membersihkan masjid di Kajang.
Sedih juga bila mengetahui perkerjaan bapanya yang sekadar menerima upahan kerja harian. Saya cuma membantu seberapa yang boleh. Kepada sesiapa yang bermurah hati dan sudi boleh salurkan bantuan ke akaun bapa adik ini...
NAMA : PUTRI NORDANISCHA BT MOHD NIZAR
AKAUN BANK SIMPANAN NASIONAL : 14171- 29- 00009173- 0
TARIKH SIAR : 1 HB JULAI 2015