sponsor

RAHSIA SUAMI YANG ISTERI TIDAK TAHU / UNTUK ISTERI SAHAJA



Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal di Kuala Lumpur:

“Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan.

Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga terletak di bahu saya.

Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu ”


Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian rumah tangga yang semakin lesu.



Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.

Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan.

Dapatkan lebih infomasi di

RAHSIA SUAMI YANG ISTERI TIDAK TAHU
Read more

YOUTUBE DAN PEMASARAN / BUAT DUIT DENGAN YOUBE


Youtube bukan sahaja benarkan anda menonton video di laman web mereka.
Malah mereka juga benarkan anda untuk kongsikan video anda melalui laman web mereka kepada seluruh dunia.

Tapi... tahukah anda? Pada masa yang sama ramai individu bijak telah mengeksploitasikan Youtube untuk mengiklan dan menjenamakan produk dan diri mereka - seterusnya mengaut keuntungan daripadanya.

Dan Youtube benarkan mereka berbuat demikian... dengan gembiranya.

Saya pasti sudah ada yang tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda di Youtube tetapi berdasarkan maklumbalas, terlalu ramai lagi yang inginkan sebuah panduan asas mempromosikan produk di Youtube.

"Buat Duit Dengan Youtube" mempunyai 2 komponen utama dan ianya adalah berdasarkan maklumat asas (tetapi penting) untuk anda ketahui tentang penggunaan laman video Youtube ini.

Komponen #1: Manual Panduan Penerangan Asas Langkah-Demi-Langkah "Buat Duit Dengan Youtube"

Komponen #2: 11 Video Tutorial Asas "Buat Duit Dengan Youtube"

video #1: Kenalpasti Cara Buat Duit Dengan Video

video #2: Cara Buka Akaun Youtube

video #3: Teknik Promosi Dengan Menggunakan Video

video #4: Cara Menghasilkan Video Youtube

video #5: Bagaimana Untuk Muatturun Video Dari Youtube

video #6: Bagaimana Untuk Tukarkan Format Video

video #7: Perisian Percuma Dan Berbayar Untuk Membuat Rakaman Skrin Di Komputer

video #8: Bagaimana Untuk Menyunting Video Bahagian

video #9: Bagaimana Untuk Menyunting Video Bahagian 2 

video #10: Bagaimana Untuk Muatnaik Video Ke Youtube Bahagian 1 

video #11: Bagaimana Untuk Muatnaik Video Ke Youtube Bahagian 2

Terus-terang saya katakan produk ini disasarkan kepada anda yang baru (newbie) di dalam bisnes internet dan ingin mengenali langkah-langkah asas buat duit dengan Youtube. Ianya mungkin terlalu asas untuk yang pakar.

Jika anda tiada asas langsung mengenai pemasaran Youtube, "Buat Duit Dengan Youtube" adalah produk untuk anda dan anda mahu dapatkannya hari ini juga.

Read more

iklan berbayar 468x 60

 
Copyright 2009 iklan mudah
Design by BloggerThemes