sponsor

Ingin Membuat Sumbangan Amal Jariah ?




Ingin Membuat Sumbangan Amal Jariah ?


"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(Ayat 261, Surah al-Baqarah)


Pada asalnya hanya satu unit rumah disediakan untuk menempatkan sebilangan pelajar-pelajar dari golongan anak yatim dan bukan anak yatim. Kini Maahad Tahfiz ini telahpun mempunyai 4 unit rumah teres dimana salah satu dari unit tersebut dikhaskan untuk pelajar perempuan.


Jumlah pelajar terkini adalah melebihi 100 orang (20 anak-anak yatim). Anak yatim dan miskin yang belajar dan menghafal al-Quran di Maahad ini ditanggung percuma sepenuhnya oleh pihak Maahad Tahfiz An-Nur. Jumlah ini semakin bertambah sejajar dengan cita-cita ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka lahir sebagai seorang tahfiz yang berwibawa di dunia dan akhirat. Apatah lagi sekarang kita biasa dengar ungkapan "Satu Rumah Satu Tahfiz". Buat masa sekarang pihak Tahfiz An-Nur terpaksa menyewa beberapa lot bangunan milik individu di Desa Subang Permai, Shah Alam.


Pengendali Maahad Tahfiz ini, memohon jasa dan kemurahan hati YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dan semua Dermawan agar dapat bersama kami membantu meneruskan Maahad Tahfiz ini memandangkan kami memerlukan perbelanjaan bulanan yang semakin meningkat. Kami bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang telah diberika oleh Hamba Allah yang sedikit sebanyak memastikan anak-anak Maahad Tahfiz ini dapat meneruskan perjuangan mereka.Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah.


www.tahfizannur.com



admin note : BERILAH SUMBANGAN SEIKHLAS HATI



iklan berbayar 468x 60

 
Copyright 2009 iklan mudah
Design by BloggerThemes