sponsor

TEKNIK PENJAGAAN KERETA CARA MUDAH / JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI TIPU OLEH BENGKEL KERETA



Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ini fakta yang berlaku depan mata saya sendiri. Ramai pelanggan yang datang ke bengkel keluarga saya, masalah-masalah kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.
Seperti contoh :
  1. Enjin selalu panas. Puncanya – kerana jarang memeriksa air di radiator.
  2. Enjin terasa berat. Puncanya – kerana salah memilih minyak hitam.
  3. Kes paling teruk – enjin perlu dioverhaul kerana tak pernah tukar minyak hitam!
Berikut saya senaraikan masalah-masalah lain yang mungkin akan berlaku jika kita masih bersikap sambil lewa kepada penjagaan kereta yang tip-top:
  1. Enjin kereta akan selalu panas.
  2. Enjin perlu dioverhaul di bengkel.
  3. Enjin terasa berat sedangkan originalnya ia lebih terasa ringan dan selesa dipandu.
  4. Kereta jadi bising tak tentu hala.
  5.  Dashboard kereta akan Nampak bertompok-tompok.
  6. Dan banyak lagi.
Anda tidak perlu menjadi seorang mekanik mahupun pelajar graduan dari Jurusan Mekanikal. Tetapi anda harus tahu bila, bagaimana dan strategi dalam menghantar kereta untuk diservis ke bengkel.

Nilai kereta mungkin mencecah RM40,000 hingga RM200,000, bergantung kepada jenis kereta yang anda beli. Bayaran ansurannya boleh mencecah 9 tahun. Jika dikira dengan betul, anda sebenarnya membayar terlalu banyak wang pada kereta, dan beberapa servis penting yang wajib anda lakukan dalam tempoh tertentu.
Oleh itu, usah bebankan lagi kewangan anda dengan kerosakan kereta yang sebenarnya anda boleh elakkan. Betul, orang lain cakap “malang tidak berbau.” Tetapi sebenarnya banyak masalah pada kereta, “malang itu boleh dihidu dan berbau sebelum ia terjadi”!
Elakkan kerosakan kereta dan jangan sampai anda terduduk di kemudian hari kerana perlu bayar ratusan malah ribuan ringgit – jangan sampai kereta pun tergadai kelak!
Saya Cuma mahu anda membuat pilihan yang bijak.

iklan berbayar 468x 60

 
Copyright 2009 iklan mudah
Design by BloggerThemes